
Foto AFP
GAZA CITY,29 Oktober – Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di Gaza pada Rabu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Serangan itu berlaku sehari selepas rakyat Israel mengundi dalam pilihan raya sengit yang tidak menghasilkan pemenang jelas.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza,lebih 1,500 orang terbunuh di wilayah itu sejak gencatan senjata berkuat kuasa tahun lalu.
Angka berkenaan dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Sejak tercetusanya insiden 7 Oktober 2023,Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran yang memusnahkan sebahagian besar Gaza dan mengorbankan lebih 74,500 orang. – AFP