
Foto fail AFP
GENEVA,29 Oktober – Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan pasukan keselamatan Perancis menyuraikan demonstrasi pelajar yang berlangsung selama beberapa minggu,sambil menyifatkan penggunaan kekerasan sebagai tidak boleh diterima dan tidak wajar.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kecederaan serius dan,dalam sesetengah kes,kecederaan kekal yang dialami penunjuk perasaan bawah umur ketika operasi penguatkuasaan undang-undang adalah tidak boleh diterima dan tidak wajar,” menurut kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya seorang pelajar dilaporkan kehilangan tangan selepas mengambil bom tangan polis,manakala seorang remaja perempuan kehilangan sebelah mata selepas terkena kartrij gas pemedih mata.
Menurut pakar berkenaan,penangkapan dan penahanan yang melibatkan ribuan individu,kebanyakannya golongan bawah umur,dilihat tidak seimbang serta boleh menghalang orang ramai daripada menggunakan hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.
Mereka turut mengingatkan bahawa pihaknya sebelum ini telah menggesa pihak berkuasa Perancis supaya menyemak secara menyeluruh strategi dan amalan kepolisan bagi membolehkan penunjuk perasaan menyuarakan kebimbangan mereka.
Antara pakar yang terlibat ialah Gina Romero,Pelapor Khas PBB mengenai kebebasan berhimpun secara aman,dan Farida Shaheed,pakar PBB mengenai hak kebudayaan. – AFP