
Foto AFP
KIEV,28 Oktober – Gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat antara Ukraine dan Rusia di bandar Oleshky dilaporkan bertahan tanpa sebarang pelanggaran pada Selasa,sekali gus membuka laluan kepada misi bantuan kemanusiaan dan pemindahan penduduk.
RINGKASAN BERITA AI
−
Terdahulu,ketika mengumumkan gencatan senjata berkenaan Jumaat lalu,Wanita Pertama Amerika Syarikat,Melania Trump berkata pegawai awam dari Rusia dan Ukraine akan melawat penduduk di rumah masing-masing bagi menentukan tahap bantuan yang diperlukan.
“Penduduk yang berhasrat untuk berpindah akan menerima sokongan tersusun dan pengangkutan ke destinasi pilihan mereka.
“Saya menjangkakan sebahagiannya mahu pergi ke Rusia,dan sebahagian lagi ke Ukraine,” katanya.