
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif),Kementerian Komunikasi,Datuk Bahria Mohd Tamil
KUALA LUMPUR,23 Oktober –Kecemerlangan industri penyiaran negara bukan hanya bergantung pada bakat di hadapan kamera,malah turut didukung tenaga kreatif di sebalik tabir yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan kandungan berkualiti.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mengulas sokongan kerajaan kepada industri berkenaan,beliau turut menyambut baik pengumuman peruntukan RM130 juta bagi pembangunan industri kreatif dalam Belanjawan 2027,yang diharap dapat membantu sektor perfileman,muzik dan kandungan kreatif menembusi pasaran antarabangsa.
ASA 2026 yang membawa tema ‘Segalanya Bermula Di Sini’ turut mengetengahkan evolusi penyiaran negara menerusi konsep pementasan muzikal Broadway bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Malam Kemuncaknya akan berlangsung pada 24 Oktober ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).