Berita bertemu

Indonesia rekod lebih 333,000 kes jangkitan saluran pernafasan akut

Oct 23, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

ISTANBUL,23 Oktober – Indonesia merekodkan sebanyak 333,470 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah,menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau berkata konsesi yang dibatalkan itu juga boleh diberikan semula kepada golongan muda Indonesia.

“Mengenai kebakaran hutan,terdapat petunjuk bahawa banyak syarikat asing bertanggungjawab.

“Mereka telah memegang konsesi selama lebih sedekad,namun ada yang melakukan pelanggaran sebanyak tiga,empat atau bahkan belasan kali,malah ada yang mencecah 19 kali,” katanya.

Prabowo turut menegaskan bahawa permit syarikat berkenaan wajar dibatalkan sekiranya mereka melakukan dua pelanggaran.

Dalam perkembangan berasingan,ribuan pelajar dan orang awam mengadakan demonstrasi di Samarinda,Kalimantan Timur bagi mendesak kerajaan mengisytiharkan kebakaran hutan dan tanah sebagai bencana nasional,menurut iNews.

Indonesia kini mengalami musim kemarau yang panjang,dengan fenomena El Nino turut menyumbang kepada keadaan yang meningkatkan risiko kebakaran hutan.- BERNAMA-ANADOLU