
Foto AFP
ISTANBUL,23 Oktober – Taiwan pada Khamis mengarahkan hampir semua aktiviti dihentikan pada Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi Taufan Champi,lapor Anadolu Ajansi yang memetik sebuah stesen penyiaran tempatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Agensi berkenaan memberi amaran bahawa kesan paling kuat dijangka berlaku mulai Jumaat hingga pagi Sabtu,sebelum keadaan cuaca beransur pulih pada petang Sabtu.
Setakat petang Khamis,Champi berada kira-kira 450 kilometer di timur Eluanbi,kawasan paling selatan Taiwan dan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 18 kilometer sejam.
Amaran hujan lebat turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan,dengan hujan dijangka semakin lebat mulai petang Khamis hingga pagi Sabtu.- BERNAMA-ANADOLU