Berita bertemu

Elaun naik RM1 sejam suntik semangat anggota sukarelawan APM

Oct 22, 2026 IDOPRESS

Ketua Pesuruhjaya APM,(PA) Mohammad Abiddin Abd Rahman

KUALA LUMPUR,22 Oktober – Kenaikan elaun RM1 sejam menerusi Belanjawan 2027 disifatkan sebagai suntikan semangat kepada anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk terus berkhidmat kepada masyarakat ketika bencana dan kecemasan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Katanya,pengukuhan APM turut memerlukan penambahan anggota,latihan kompetensi serta penyediaan aset bersesuaian.

Jelas beliau,penilaian keperluan aset,termasuk penggantian peralatan usang dan penyelenggaraan,akan dilaksanakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi.

APM turut menggalakkan penyertaan golongan muda dalam aktiviti kesukarelawanan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas pertahanan awam.

Beliau berkata,pengetahuan itu membolehkan masyarakat membantu mengurangkan risiko ketika berdepan kecemasan.

Menerusi Belanjawan 2027,kerajaan memperuntukkan RM339 juta bagi kenaikan elaun sukarelawan sebanyak RM1 sejam,yang dijangka memanfaatkan hampir 50,000 sukarelawan agensi penyelamat dan keselamatan.