Berita bertemu

Letupan kedengaran di Selat Hormuz, ketegangan AS-Iran kembali memuncak

Oct 22, 2026 IDOPRESS

Foto Fail BERNAMA

TEHRAN,22 Oktober – Media rasmi Iran melaporkan bunyi letupan kedengaran di wilayah selatan Hormozgan berhampiran laluan strategik Selat Hormuz,awal pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI

−

Agensi berita rasmi IRNA mengesahkan insiden berkenaan yang berlaku di kawasan Karpan,daerah Sirik,namun belum memastikan sama ada ia berpunca daripada serangan luar atau pelancaran peluru berpandu dari kawasan berkenaan.

“Sumber tempatan masih belum mendedahkan punca sebenar letupan berkenaan,” jelas laporan IRNA.

Insiden letupan ini merupakan yang pertama direkodkan di kawasan berdekatan Selat Hormuz sepanjang bulan ini,selepas konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan agak tenang sejak beberapa minggu lalu.- AFP