
Datuk Seri Nancy Shukri/ RTM
BUTTERWORTH,20 Oktober- Keganasan terhadap wanita kini turut merangkumi penderaan ekonomi dan buli siber,selain penderaan fizikal,seksual,mental dan emosi,kata Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Katanya,statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 5,278 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara,manakala Pulau Pinang mencatatkan 228 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Dalam usaha membantu wanita mendapatkan sokongan awal,Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan beberapa program antaranya Program Advokasi Kesejahteraan,Program Road to EVAW dan PrismaNita,bagi membantu wanita membina kehidupan berdikari serta memperkukuh keyakinan diri.