Berita bertemu

Thailand siap siaga untuk mesyuarat tahunan IMF, Bank Dunia

Oct 10, 2026 IDOPRESS

Foto AFP

BANGKOK,9 Oktober – Thailand selesai membuat persiapan bagi Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia minggu depan,kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Ekniti Nitithanprapas pada Jumaat semasa lawatan media ke lokasi acara,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

−

Ketua Pengarah Pejabat Dasar Fiskal Kementerian Kewangan Vinit Visessuvanapoom berkata acara itu dilaksanakan sebagai “mesyuarat hijau”.

Lebih 320 kenderaan elektrik akan digunakan untuk membawa delegasi,yang dijangka mengurangkan pelepasan lebih 95.8 tan metrik karbon dioksida setara.

Selain itu,sisa makanan akan diproses menjadi kompos,mesyuarat dilaksanakan tanpa kertas dan penggunaan plastik sekali guna bagi penyediaan makanan akan dikurangkan,kata Vinit.- BERNAMA-XINHUA