Berita bertemu

Bahrain rekrut 1,850 anggota keselamatan dari Pakistan – Ishaq Dar

Oct 9, 2026 IDOPRESS

Menteri Luar Pakistan,Ishaq Dar (kanan),ketika pertemuan dengan Menteri Luar Bahrain,Abdullatif bin Rashid Al Zayani,di Islamabad./ AFP

ISTANBUL,8 Oktober – Bahrain merekrut lebih 1,800 anggota dan pegawai keselamatan dari Pakistan,kata Menteri Luar negara Asia Selatan itu pada Khamis,lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI

−

Beliau turut berkata 13 pegawai dan 37 anggota dari Pakistan menyertai Pengawal Pantai Bahrain di bawah perjanjian yang ditandatangani pada 24 Jun antara Pengawal Pantai Pakistan dan Kementerian Dalam Negeri Bahrain.

Dar dan Al Zayani turut membincangkan konflik di Asia Barat serta menekankan kepentingan meredakan ketegangan dalam perang AS-Iran dan konflik antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman.

Pakistan dan Bahrain akan memperingati 55 tahun hubungan diplomatik pada tahun depan dan menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak US$1 bilion.

Negara Teluk itu menjadi tuan rumah kepada kira-kira 134,000 warga Pakistan.

Dar turut berkata mereka membincangkan konflik di Palestin,sambil menegaskan semula sokongan prinsip Pakistan terhadap rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dinafikan.

“Kami menyatakan kebimbangan terhadap masaalah berterusan penempatan haram serta percubaan untuk mengubah status Al-Quds al-Sharif,” kata Dar,sambil menekankan keperluan memastikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dapat disalurkan tanpa halangan. – BERNAMA-ANADOLU