
Gambar Hiasan /RTM
KUALA LUMPUR,8 Oktober– Sebanyak 328 laman web,388 akaun Telegram dan 60 nombor telefon yang terlibat dengan penipuan kewangan dan skim pelaburan palsu telah disekat pada tahun 2024 dan 2025.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Dalam keadaan sedemikian,kedua-dua agensi akan berkomunikasi dan menyelaras tindakan secara berterusan melalui perkongsian maklumat,rujukan kes yang mempunyai elemen di bawah bidang kuasa masing-masing serta perbincangan di peringkat pegawai dan pengurusan.
“Di banyak negara,sesebuah entiti boleh tertakluk kepada lebih daripada satu pengawal selia kerana mandat yang berbeza tetapi saling melengkapi. Yang penting,sempadan tanggungjawab perlu jelas dan penyelarasan yang berkesan,” katanya di Parlimen di sini,hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Pendang,Datuk Awang Hashim yang meminta penjelasan mengenai bagaimana kerajaan menentukan sempadan bidang kuasa antara SC dan agensi kawal selia lain bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan penguatkuasaan.
Datuk Seri Amir Hamzah juga berkata sekiranya berlaku pertindihan bidang kuasa antara SC dengan agensi kawal selia lain,agensi terlibat akan menyelaras tindakan menerusi perkongsian maklumat,rujukan kes serta perbincangan di peringkat pegawai dan pengurusan.