
Foto Bernama
KUALA LUMPUR,30 September – Tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan disemak semula mulai 1 Januari 2027,dengan tambang dewasa sehala standard antara KL Sentral dan Terminal 1 atau Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat kepada RM65 daripada RM55.
RINGKASAN BERITA AI
−
Mengikut struktur tambang baharu,tambang kanak-kanak berusia enam hingga 15 tahun bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Terminal 1 atau Terminal 2 KLIA ditetapkan RM29,manakala tambang pergi balik bagi dewasa ialah RM118 dan kanak-kanak RM53.
Kanak-kanak bawah enam tahun pula menikmati perjalanan secara percuma.
Bagi sektor lain,tambang dewasa sehala dari KL Sentral ditetapkan RM7.70 ke Bandar Tasik Selatan,RM16.60 ke Putrajaya dan Cyberjaya serta RM21.60 ke Salak Tinggi.
Sementara itu,tambang perjalanan antara stesen perantaraan ialah RM9.50 bagi Bandar Tasik Selatan-Putrajaya dan Cyberjaya,RM14.70 bagi Bandar Tasik Selatan-Salak Tinggi dan RM5.60 bagi Putrajaya dan Cyberjaya-Salak Tinggi.
Tambang antara Bandar Tasik Selatan dan Terminal 1 atau Terminal 2 KLIA pula ditetapkan RM45.40,Putrajaya dan Cyberjaya ke Terminal 1 atau Terminal 2 KLIA RM11.50,manakala Salak Tinggi ke Terminal 1 atau Terminal 2 KLIA RM5.80.
Tambang antara Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA pula ialah RM2.
Bagi kanak-kanak berusia enam hingga 15 tahun,tambang sehala bagi semua sektor ditetapkan antara RM1 hingga RM20.50,bergantung kepada destinasi,manakala kanak-kanak bawah enam tahun kekal percuma.
ERL turut memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai rakan niaga bagi menawarkan diskaun tiket eksklusif sehingga 30 peratus mulai Januari 2027,sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada penumpang menikmati penjimatan tambang.
Butiran lanjut mengenai tawaran diskaun itu akan diumumkan selepas pengaturan bersama rakan niaga dimuktamadkan.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-24 perkhidmatan ERL yang menghubungkan KLIA dengan pusat bandar,dengan lebih 141 juta penumpang telah menggunakan perkhidmatan berkenaan setakat ini.