Berita bertemu

Pendaftaran UMP hanya melalui fasiliti KKM

Sep 29, 2026 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Pelancaran Pembiayaan Inisiatif Ubat Melalui Pos (UMP) di Kementerian Komunikasi/ BERNAMA

PUTRAJAYA,29 September – Pendaftaran program Ubat Melalui Pos (UMP) hanya dilakukan melalui fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dan bukan menerusi akaun media sosial.

RINGKASAN BERITA AI

−

Hadir sama,Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching.

Datuk Seri Fahmi turut menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan UMP melalui saluran rasmi KKM bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

“Pendaftaran program UMP adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang bayaran,” ujarnya.

Inisiatif UMP merupakan sokongan tambahan Kementerian Komunikasi kepada Kementerian Kesihatan selepas kejayaan program inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA),yang melibatkan peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan akses internet dan kesalinghubungan di 150 hospital kerajaan serta lebih 2,500 klinik kesihatan di seluruh negara.