
Pejabat Presiden Korea Selatan/ AFP
SEOUL,28 September – Pejabat Presiden Korea Selatan menuntut Ukraine memberikan penjelasan rasmi dan membuat pemohonan maaf,selepas didakwa melanggar perjanjian kerahsiaan berhubung pemindahan dua tawanan perang Korea Utara ke negara itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Daripada keseluruhan cerita itu yang panjang dan terperinci,kami hanya melaporkan fakta sebenar,iaitu mereka telah dihantar ke Republik Korea,” katanya.
Sementara itu,Setiausaha Kanan Presiden Korea Selatan bagi Hal Ehwal Awam,Seong Ghi-hong,berkata tindakan Ukraine mendedahkan perkara itu secara unilateral merupakan pelanggaran serius terhadap perjanjian rahsia antara kedua-dua negara.
“Namun,kenyataan palsu Pejabat Akhbar Presiden Ukraine yang mendakwa tiada perjanjian rahsia menjejaskan kepercayaan antara kedua-dua kerajaan secara serius dan merosakkan hubungan baik antara kedua-dua negara”,katanya.
“Pejabat Presiden Korea Selatan menuntut penjelasan rasmi dan permohonan maaf,” kata Seong.
Tambahya,Pejabat Presiden Korea Selatan sedang mempertimbangkan langkah susulan yang bersesuaian,namun tidak memperincikan tindakan yang bakal diambil.
Awal tahun lalu,Ukraine menahan dua anggota tentera Korea Utara yang menyertai pasukan Pyongyang dalam pertempuran bagi pihak Moscow.
Sebelum ini,seorang Ahli Parlimen Korea Selatan berkata,kedua-dua tawanan itu mahu menjalani ‘kehidupan normal’ di Korea Selatan.
Menurut Perlembagaan Korea Selatan,semua rakyat Korea,termasuk penduduk Korea Utara,dianggap sebagai warganegara negara itu dan pegawai Korea Selatan menyatakan peruntukan berkenaan terpakai kepada anggota tentera Korea Utara yang ditawan di Ukraine.-AFP