
Foto RTM
LABUAN,16 September – Dramatari “Awang Kamis iaitu Tari Anak Kota Merdeka” menterjemahkan semangat Hari Malaysia menerusi persembahan pelajar pelbagai latar bangsa di Kolej Matrikulasi Labuan (KML).
RINGKASAN BERITA AI
−
Pelbagai program mengisi bulan kebangsaan peringkat KML,antaranya pemasangan dan pelancaran kibar Jalur Gemilang,Pertandingan Deklamasi Puisi,Pertandingan Audio Siar (Podcast),Pertandingan Pantun serta Pidato dan Pengucapan Awam.
Pementasan berlangsung di Dewan Serbaguna KML dihadiri Pengarah JaPen Labuan Ruddyansjah Mahtar Hams,Pengarah JPNIN Labuan Jessica Basat,Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Howard Martin Kim Sung dan Penolong Pegawai Tadbir Tinggi di Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Labuan Rosli Mat Jinun.