
Pemandangan udara Kuala Terengganu diselubungi jerebu ketika tinjauan RTM pagi tadi (Foto kecil: Mohd Azman Mohd Zain,Siti Norhaida,Aqila Maisara)/ RTM
KUALA TERENGGANU,16 September- Keadaan jerebu di Kuala Terengganu mengehadkan aktiviti luar penduduk sempena cuti Hari Malaysia hari ini termasuk aktiviti riadah dan meluangkan masa bersama keluarga.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kalau nak melakukan aktiviti luar,dinasihatkan pakai pelitup muka dan minum air secukupnya,” kata Siti Norhaida.
Sementara itu,berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 1 tengah hari ini,empat kawasan di Terengganu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.
Kuala Terengganu mencatat bacaan tertinggi iaitu 161,diikuti Kemaman (152),Paka (150) dan Besut (130).
Dalam pada itu,Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya menangguhkan serta-merta aktiviti luar bilik darjah berdasarkan bacaan IPU semasa,termasuk kokurikulum,sukan dan permainan,latihan pasukan sekolah,Pendidikan Jasmani serta merentas desa.