Berita bertemu

Keyakinan perniagaan Eropah terhadap ASEAN terus melonjak – EU-ABC

Sep 16, 2026 IDOPRESS

Foto EU in ASEAN

KUALA LUMPUR,16 September – Keyakinan perniagaan Eropah terhadap ASEAN terus melonjak dengan 78 peratus responden tinjauan menjangkakan perdagangan dan pelaburan dalam blok tersebut akan meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

RINGKASAN BERITA AI

Humphrey berkata Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU ke-12 yang akan diadakan di Manila,Filipina pada Selasa depan,merupakan platform tepat untuk dialog terbuka antara penggubal dasar dan komuniti perniagaan,serta peluang ketara bagi kerjasama awam-swasta.

Sidang kemuncak itu diadakan menjelang bulan-bulan terakhir tempoh Pengerusi ASEAN bagi Filipina,yang mengetengahkan kerjasama praktikal sebagai teras agenda serantau.

Perbincangan akan tertumpu kepada empat bidang penting bagi pertumbuhan jangka panjang ASEAN,antaranya ialah peralihan tenaga,keterangkuman kewangan,kesalinghubungan digital dan transformasi kecerdasan buatan serta kesihatan dan pemakanan.

Lebih 200 wakil daripada sektor kerajaan,perniagaan,institusi pembangunan dan komuniti diplomatik dijangka menghadiri sidang kemuncak tersebut,yang dianjurkan bersama oleh EU-ABC dan Dewan Perniagaan Eropah Filipina. – BERNAMA