
Kapal tangki minyak,El Gaia,dilaporkan rosak selepas terkena serangan ketika melalui Selat Hormuz pada Sabtu./ REUTERS
SELAT HORMUZ,16 September – Sebuah kapal tangki minyak,dilaporkan rosak selepas terkena serangan ketika melalui Selat Hormuz pada Sabtu,dengan dua anak kapal masih hilang,menurut Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).
RINGKASAN BERITA AI
−
Agensi Operasi Perdagangan Maritim Britain(UKMTO) yang mempunyai kaitan dengan Tentera Laut Britain turut melaporkan sebuah kapal yang tidak dikenal pasti terkena projektil di dalam selat itu pada Sabtu.
Menurut UKMTO,kebakaran berlaku dan anak kapal sedang dipindahkan.
Reuters mengesahkan identiti kapal berkenaan sebagai El Gaia berdasarkan tiang,corong asap dan struktur jambatannya yang sepadan dengan imej arkib.
Bagaimanapun,Reuters tidak dapat mengesahkan tarikh rakaman tersebut dan tidak dapat menghubungi pemilik kapal yang berpangkalan di Dubai untuk mendapatkan pengesahan mengenai laporan berkenaan.
El Gaia sebelum ini tersenarai dalam 77 kapal yang didakwa Iran melanggar protokol operasi di Selat Hormuz,dengan Tehran memberi amaran kapal terbabit boleh dikenakan denda,ditahan atau dirampas pada pelayaran seterusnya. – REUTERS