Berita bertemu

Korban banjir, tanah runtuh di sempadan Nepal-China cecah 1,442, hampir 5,700 masih hilang

Sep 16, 2026 IDOPRESS

Anggota keselamatan Nepal membawa jasad mangsa untuk dikebumikan secara beramai-ramai di Bidur,daerah Nuwakot,Nepal./ REUTERS

KATHMANDU,16 September – Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di sempadan Nepal-China bulan lalu meningkat kepada 1,442 orang.

RINGKASAN BERITA AI

−

Antara yang masih hilang di Nepal ialah 587 pelancong asing.

Pihak berkuasa bagaimanapun berkata jumlah itu masih dalam proses pengesahan dan mungkin termasuk mangsa yang belum dikenal pasti serta individu yang sebenarnya telah diselamatkan.

Di pihak China,angka korban kekal 43 orang dengan 519 masih hilang,termasuk 261 warga asing di Xizang.

Bencana berlaku pada 26 Ogos selepas glasier di Gunung Langtang Lirung,Nepal,pecah pada altitud kira-kira 5,200 meter.

Kejadian itu mencetuskan runtuhan ais dan batu sebelum bertukar menjadi aliran serpihan besar yang merempuh lembah di sepanjang sempadan.

Banjir dan tanah runtuh kemudian memusnahkan beberapa kawasan di Nepal termasuk daerah Rasuwa,Nuwakot,Dhading dan Kavre serta Lembah Kathmandu.

Bencana itu turut menimbus pintu sempadan Gyirong di Xizang. – BERNAMA-ANADOLU