Berita bertemu

Darurat belum tamat, guru Bolivia tetap turun protes beban kos sara hidup

Sep 16, 2026 IDOPRESS

Para guru berarak menentang kerajaan Bolivia,sementara dikawal polis di La Paz,Bolivia pada 15 September 2026./ REUTERS

LA PAZ,16 September – Gabungan guru-guru di Bolivia turun ke jalanan di La Paz,membantah peningkatan kos sara hidup,ketidakstabilan mata wang serta kenaikan harga bahan api.

RINGKASAN BERITA AI

−

Menurutnya,perarakan juga boleh dianggap sebagai satu bentuk sekatan jalan raya.

Sementara itu,Perhimpunan Perundangan Bolivia dijadual membincangkan kemungkinan melanjutkan perintah darurat selama 90 hari lagi.

Beberapa kumpulan masyarakat memberi amaran akan menentang lanjutan tersebut meskipun larangan mengadakan demonstrasi masih berkuat kuasa.

Presiden Rodrigo Paz mengisytiharkan perintah darurat pada 20 Jun lalu susulan sekatan jalan raya yang berlarutan sejak Mei,sehingga menjejaskan aktiviti ekonomi dan sistem perhubungan negara berkenaan. – REUTERS