Berita bertemu

Datuk Seri Fahmi adakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Wan Junaidi

Sep 15, 2026 IDOPRESS

Datuk Seri Fahmi ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr Wan Junaidi / Foto RTM

KUCHING,15 September – Menteri Komunikasi,Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menyampaikan Warkah Persilaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK),di sini,esok.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Sebab itu,kita akan melibatkan beberapa veteran polis dan tentera untuk berkongsi pengalaman masing-masing dalam memperjuangkan kedaulatan tanah air,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat berkenaan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu,Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Sambutan Hari Malaysia 2026,Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Abdul Halim Hamzah.

Kira-kira 5,000 orang dijangka memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2026 di BCCK yang turut dijadual dihadiri Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg.