
Datuk Mohd Jafni (kanan) menghadiri Sesi Pembentangan Belanjawan Tahun 2027 MBJB,di sini / Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
JOHOR BAHRU,15 September – Sebanyak RM278 juta dicadangkan bagi pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 2027,dengan tumpuan kepada infrastruktur,pengurusan banjir,kemudahan awam serta agenda bandar pintar.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini semua perkara yang rakyat berdepan setiap hari. Bila jalan rosak,lampu tidak berfungsi atau longkang tidak diselenggara,rakyat yang menerima kesannya terlebih dahulu.
“Jadi saya mahu keutamaan ini diterjemahkan kepada kerja di lapangan dan bukan tinggal sebagai angka dalam slaid pembentangan,” katanya.
Dalam aspek bandar pintar dan keselamatan,empat peratus daripada peruntukan pembangunan dikhususkan bagi peluasan Smart CCTV dan Smart Traffic Light,manakala tiga peratus lagi untuk Smart City serta pembangunan sistem.
Sebanyak 500 unit Smart CCTV kini dipasang di kawasan pentadbiran MBJB,dengan tambahan 2,000 unit disasarkan siap pada 2027.
MBJB turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk menaik taraf Medan Niaga Bangsa Johor,selain RM4.7 juta bagi pembangunan Taman Mini Bangsa Johor Pantai Lido.
Dalam usaha memudahkan urusan rakyat,MBJB turut mencadangkan pengecualian bayaran lesen perniagaan tahun pertama kepada penjaja dan peniaga kecil serta menyediakan RM690,000 bagi penambahbaikan sistem MyAduan Johor.
Datuk Mohd Jafni berkata,setiap projek yang diluluskan perlu mempunyai tempoh pelaksanaan,pihak bertanggungjawab dan hasil yang jelas supaya manfaatnya benar-benar dirasai rakyat.