Berita bertemu

Malaysia teliti tawaran AS untuk tambah aset APMM

Sep 14, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

PUTRAJAYA,14 September – Kerajaan sedang meneliti tawaran Amerika Syarikat untuk menyerahkan sebuah lagi kapal peronda bagi kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

RINGKASAN BERITA AI

−

“Jadi,saya tugaskan Datuk KSU untuk menelitinya bersama pakar APMM dan jurutera kita,kemudian kemukakan laporan serta syor kepada saya sama ada tawaran ini wajar diterima atau tidak,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya.

Datuk Seri Saifuddin berkata kerajaan juga tidak teragak-agak menolak tawaran itu sekiranya kos baik pulih kapal didapati terlalu tinggi.

Malaysia sebelum ini menerima sebuah kapal menerusi inisiatif sama yang telah dibaik pulih dan kini digunakan APMM bagi operasi di Sabah.

Menurutnya,penambahan aset penting bagi memperkukuh keupayaan APMM mengawal perairan negara,termasuk membanteras penyeludupan senjata dan dadah,kemasukan pendatang asing serta pencerobohan nelayan dan kapal asing.