
Foto AFP
BUENOS AIRES,11 September – Inflasi di Argentina turun ke paras terendah dalam tempoh 14 bulan pada Ogos.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ketika beliau dipilih,inflasi negara itu berada pada kadar tiga digit. Milei berjaya mengurangkannya menerusi program penjimatan ketat dan disiplin fiskal.
Bagaimanapun,kejayaan mengawal inflasi dan menghapuskan defisit belanjawan mula terjejas susulan pertumbuhan ekonomi yang lemah serta kemerosotan pengeluaran sektor pembuatan selain kehilangan lebih 240,000 pekerjaan sektor swasta sepanjang pentadbirannya.
Tinjauan pendapat menunjukkan pengangguran kini mengatasi inflasi.
Perkara itu kebimbangan utama rakyat Argentina.
Pemimpin industri berkata keputusan Milei untuk melonggarkan dasar perlindungan industri yang dilaksanakan selama beberapa dekad secara serentak menyebabkan sektor pembuatan Argentina terdedah secara tidak adil kepada persaingan global.
Hampir 30,000 syarikat ditutup dalam tempoh tiga tahun lalu.
Bank pusat turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Argentina bagi 2026 daripada 2.7 peratus kepada 2.1 peratus,jauh lebih rendah berbanding sasaran lima peratus yang ditetapkan kerajaan dalam belanjawannya. – REUTERS.