
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 September – Peningkatan pendapatan rakyat dan penyediaan peluang pekerjaan yang berkualiti antara perkara yang dilihat wajar diberi perhatian dalam Belanjawan 2027,kata Pengarah Program MBA Putra Business School,Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Satu lagi yang lebih penting juga ialah bagaimana kos sara hidup itu dapat ditangani sepenuhnya untuk tahun hadapan,kerana ianya adalah satu isu yang masih berterusan.
“Dan kita mahu lihatlah apakah penyelesaian ataupun solusi yang ditangani daripada kerajaan untuk tahun akan datang ini,” katanya.
Belanjawan 2027 dijadual akan dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini.
Sebelum ini,Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan melalui kenyataan Pra-Belanjawan 2027 memaklumkan,10 bidang tumpuan menjadi panduan kepada proses libat urus sebelum Belanjawan 2027 dimuktamadkan.
Ini termasuk usaha menangani tekanan kos sara hidup,memperkukuh perlindungan sosial,memperkasa pendidikan,kesihatan dan perkhidmatan asas,meningkatkan daya saing perniagaan dan produktiviti serta memperkukuh keterjaminan makanan dan daya tahan ekonomi.