
Tiga kenderaan tertimbus lumpur dan serpihan susulan tanah runtuh di Gunung Fuji,Shizuoka,Jepun/Foto REUTERS
TOKYO,10 September – Musim pendakian Gunung Fuji di Jepun berakhir bermula hari ini susulan cuaca buruk yang melanda kawasan berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Seorang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditemui rebah berhampiran puncak Gunung Fuji.
Seorang lagi lelaki,dipercayai berusia 60-an,ditemui terjatuh di laluan pendakian.
Keadaan kedua-dua pendaki itu tidak didedahkan.
Gunung Fuji setinggi 3,776 meter itu menerima lebih 200,000 pendaki setiap tahun sepanjang musim pendakian rasmi dari Julai hingga September.
Sementara itu,pihak berkuasa tempatan terus mengetatkan peraturan pendakian bagi menangani kesesakan pelancong.
Langkah itu termasuk mewajibkan pendaki bermalam sekurang-kurangnya satu malam di pondok pendakian serta menghalang pendaki yang tidak mempunyai kelengkapan mencukupi daripada menuju ke puncak. — AFP