Berita bertemu

ASHA 2026-2030 dilancar selari kepentingan kesihatan serantau

Sep 10, 2026 IDOPRESS

Foto KKM

KUALA LUMPUR,10 September –Agenda Kesihatan Strategik ASEAN (ASHA) 2026-2030 dilancar hari ini sebagai pelan hala tuju strategik lima tahun bagi memperkukuh sistem kesihatan serantau.

RINGKASAN BERITA AI

−

Selain itu,penganjuran AHMM17 turut mencapai beberapa persetujuan penting termasuk persetujuan secara dasar model ‘single submission’ bagi kelulusan pra-pasaran peranti perubatan iaitu Malaysia dicadang menjadi penyelaras bagi dokumen teknikal tersebut.

Mesyuarat ini turut menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan ASEAN bagi Kesihatan Paru-Paru serta penyerahan Panduan Pengurusan Penyakit Jarang Berlaku (Rare Diseases Playbook) Malaysia sebagai menyokong usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menangani penyakit jarang jumpa di rantau ini.

Selain itu,AHMM17 turut menyaksikan perbincangan mengenai kesihatan mata menerusi (MySPECS),ubat untuk penyakit terabai (DNDi) serta pemahaman terhadap tingkah laku masyarakat (Behavioural Insights).

AHMM17 juga melakar sejarah menerusi Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN-Amerika Syarikat dan ASEAN-Jepun yang julung kali diadakan,selain rundingan peringkat tinggi bersama China,Korea Selatan dan WHO.