
Lapangan Terbang Heathrow penuh sesak dengan penumpang selepas gangguan teknikal besar-besaran mengganggu jadual penerbangan di United Kingdom – Foto AFP
LONDON,9 September– Pengembara United Kingdom (UK) berdepan kesulitan berterusan apabila lebih 150 penerbangan dibatalkan di seluruh negara,ketika perkhidmatan kawalan trafik udara Britain berusaha memulihkan operasi akibat gangguan teknikal.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Proses pemulihan itu amat kompleks dan menjejaskan keseluruhan rangkaian penerbangan,sekali gus memerlukan masa untuk kembali beroperasi seperti biasa,” menurut NATS menerusi hantaran di X.
Sementara itu,Lapangan Terbang Heathrow pada lewat Selasa memberitahu,operasi penerbangan berlepas telah disambung semula selepas masalah teknikal memaksa ketibaan penerbangan digantung pada hari berkenaan.
Bagaimanapun,Heathrow memberi amaran bahawa gangguan dijangka berterusan,selain menasihatkan penumpang supaya menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang.
NATS sebelum itu memaklumkan masalah sistem yang mencetuskan gangguan berkenaan telah diselesaikan dan pihaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan penerbangan yang tertangguh.
“Kami memahami perkara ini amat mengecewakan dan memohon maaf sepenuhnya,” menurut NATS menerusi hantaran di X.
Pada Julai tahun lepas,gangguan teknikal turut menyebabkan banyak penerbangan dari dan ke UK dibatalkan,sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengurusan syarikat penerbangan.
Britain turut berdepan kegagalan sistem penerbangan terburuk dalam tempoh beberapa tahun pada 2023,apabila lebih 700,000 penumpang terjejas susulan ratusan penerbangan ditangguhkan atau dibatalkan. – AFP