
Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 September– Kementerian Pengangkutan (MOT) masih meneliti mekanisme pelaksanaan cukai karbon bagi sektor penerbangan negara,selaras dengan komitmen Malaysia ke arah peralihan kepada penerbangan rendah karbon.
RINGKASAN BERITA AI
−
Terdahulu dalam ucapan perasmian,Loke berkata peralihan kepada sektor penerbangan rendah karbon bukan sahaja memenuhi obligasi antarabangsa,malah membuka peluang kepada Malaysia untuk menarik pelaburan,membangunkan kepakaran tempatan dan meneroka rantaian nilai baharu.
“Peralihan kepada sektor penerbangan rendah karbon bukan sahaja merupakan satu kewajipan,malah turut membuka peluang untuk menarik pelaburan,membangunkan kepakaran dalam negara dan menyertai rantaian nilai baharu,” katanya.
Komitmen itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Dekarbonisasi Penerbangan Malaysia yang menyasarkan pelepasan karbon sifar bersih bagi penerbangan antarabangsa menjelang 2050.
DGCA/61 yang berlangsung dari 7 hingga 11 September,anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),menjadi platform perbincangan ketua-ketua penerbangan awam dan pemimpin industri rantau Asia Pasifik mengenai keutamaan serta cabaran sektor berkenaan.
Persidangan itu turut membincangkan isu utama penerbangan termasuk keselamatan,kelestarian alam sekitar dan penggunaan teknologi baharu.