Berita bertemu

Trump cadang tukar nama New Mexico kepada New America

Sep 7, 2026 IDOPRESS

Foto FAIL

WASHINGTON,7 Sept – Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump mencadangkan nama negeri New Mexico ditukarkan kepada New America.

RINGKASAN BERITA AI

−

“Ia jauh lebih berprestij dan indah buat penduduk di negeri yang berpotensi luar biasa itu. Wow,saya suka!” tambah beliau.

White House turut memuat naik semula satu foto yang memaparkan perkataan ‘Mexico’ pada nama negeri berkenaan dipotong dan digantikan dengan perkataan ‘America’.

Beberapa laporan media AS bagaimanapun mendakwa idea tersebut sebenarnya bermula daripada satu rekaan jenaka (hoax) di internet.

Minggu lalu,Trump turut mencadangkan agar Selat Hormuz dinamakan semula sebagai “Trump Strait” ketika konflik dengan Iran masih berterusan.- REUTERS