Berita bertemu

Transformasi digital perkukuh kecekapan sistem kesihatan

Sep 4, 2026 IDOPRESS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 Sept – Transformasi digital dalam sistem kesihatan bukan sekadar menukar rekod pesakit daripada bentuk fizikal kepada digital,sebaliknya melibatkan penggunaan teknologi bagi memperluas akses serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan.

RINGKASAN BERITA AI

−

Mengulas sejauh mana Malaysia berada di landasan yang tepat dalam melaksanakan transformasi digital sistem kesihatan,beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai pelan hala tuju bagi tempoh 2026 hingga 2030,selain pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik secara berfasa.

Bagaimanapun,katanya,pelaksanaan transformasi berkenaan masih berdepan beberapa cabaran,termasuk perbezaan sistem antara hospital,kesukaran menyepadukan data serta aspek privasi dan keselamatan maklumat pesakit.

“Sebagai contoh,hospital A mungkin menggunakan satu sistem,hospital B pula menggunakan sistem yang lain. Data mungkin disimpan dalam platform yang berbeza-beza. Jadi,macam mana kita nak mentafsir ataupun nak mengintegrasikan data daripada hospital-hospital yang berbeza itu,sebenarnya menjadi satu masalah juga,” katanya.

Beliau berkata,seiring perkembangan tersebut penyelarasan sistem serta pengukuhan keselamatan data perlu diberi perhatian bagi memastikan transformasi digital sistem kesihatan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.