
Foto RTM
SERDANG,31 Ogos– Sebanyak 66 perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) dibawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyertai pameran di Laman HPMKUSKOP @ MAHA 2026,sekali gus membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,Laman HPMKUSKOP menyasarkan nilai jualan sebanyak RM500,000 sepanjang tempoh penganjuran MAHA 2026.
Setakat tiga hari pertama,nilai jualan yang direkodkan mencecah RM150,000.
Steven Sim berkata,penyertaan usahawan PMKS di MAHA 2026 turut selari dengan usaha kerajaan memperkukuh sektor agro dan pertanian,termasuk menerusi penyediaan akses kepada pembiayaan.
Katanya,dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini,lebih RM440 juta pembiayaan telah disalurkan kepada kira-kira 35,000 usahawan dan syarikat Malaysia dalam sektor agro dan pertanian.
Sementara itu,beliau merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atas penganjuran MAHA 2026 yang disifatkan sebagai platform penting dalam membuka ruang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk serta mengembangkan perniagaan.