
Foto RTM
SERDANG,31 Ogos – Pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tambahan RM1 bilion dana mikrokredit kepada sektor perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) disifatkan sebagai khabar baik yang amat dialu-alukan,khususnya dalam kalangan usahawan mikro dan kecil.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Mikrokredit ini bukan sahaja memberikan bantuan sokongan kewangan,tetapi agensi-agensi mikrokredit ini selalunya lebih mesra kepada perniagaan mikro dan kecil dari segi syarat dan mudah cara proses,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Laman HPMKUSKOP @ MAHA 2026 di District 2,MAEPS,Serdang,hari ini.
Dalam pada itu,beliau turut menyambut baik pengumuman kerajaan berhubung geran RM2 bilion bagi pembelian peralatan serta dana RM200 juta untuk pembelian barangan perniagaan.
Katanya,langkah berkenaan turut memberi manfaat kepada perniagaan kecil dan penjaja,selain peningkatan kuota RON95 dan diesel yang disifatkan sebagai berita baik kepada rakyat serta peniaga yang kerap menggunakan kenderaan.
Beliau turut menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta,yang menurutnya mampu membantu lebih sejuta syarikat dalam kategori PMKS berdasarkan data Kementerian Kewangan.
“Sudah tentu ini khususnya untuk perniagaan mikro,kecil dan sederhana. Ia cukup penting kerana akan membantu lebih sejuta syarikat dalam kategori PMKS,” katanya.
Steven Sim berkata,KUSKOP akan berusaha mempercepatkan proses penyaluran dana tambahan itu supaya sumber yang diumumkan kerajaan dapat dimanfaatkan segera oleh golongan usahawan.