
Kilang GM di Oshawa,Ontario,Kanada,menjadi tumpuan susulan penangguhan tarif baharu Amerika Syarikat terhadap Kanada/Foto REUTERS
WASHINGTON,24 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin meningkatkan lagi ketegangan perang dagang dengan Kanada dengan mengumumkan rancangan menaikkan tarif terhadap pelbagai barangan import dari Kanada kepada 50 peratus mulai 1 Januari 2027,lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
RINGKASAN BERITA AI
−
Trump sekali lagi mempertahankan ancamannya dengan menuduh Kanada mengambil kesempatan terhadap AS.
“Kanada mengaut keuntungan daripada Amerika Syarikat selama bertahun-tahun,” katanya,sambil mendakwa AS tidak bergantung kepada perdagangan dengan negara jirannya itu.
“Kita tidak perlukan Kanada,mereka perlukan kita!” kata Trump.
Perunding dari kedua-dua negara mengadakan rundingan sehingga Jumaat malam dalam usaha mencapai persetujuan dan mengelakkan tarif yang diancam Trump.
Selepas rundingan itu gagal,tarif 50 peratus terhadap pelbagai barangan Kanada berkuat kuasa pada malam berikutnya.
Langkah berkenaan melibatkan barangan Kanada bernilai kira-kira US$20 bilion,bersamaan kira-kira lima peratus daripada jumlah import,termasuk kayu hoki,perabot,madu dan wain.
Kanada berikrar mengenakan tarif timbal balik “dolar-untuk-dolar”,dengan Perdana Menteri Mark Carney berkata langkah itu akan berkuat kuasa pada 8 September. – BERNAMA-dpa