
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,Adam Adli Abd Halim/Foto JaPen
PARLIMEN,4 Ogos – Kerajaan belum bercadang memperkenalkan skim pelaburan atau dana pendidikan nasional yang diberikan secara automatik kepada setiap bayi yang dilahirkan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Adam Adli,kerajaan ketika ini terus menggalakkan budaya menabung bagi pendidikan tinggi menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang diuruskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Katanya,pendekatan itu bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap pinjaman pendidikan pada masa hadapan.
Sehingga 30 Jun lalu,sebanyak 7.5 juta akaun SSPN dibuka dengan jumlah simpanan terkumpul mencecah RM25.5 bilion.
Katanya,pada tahun 2025,PTPTN telah pun memberikan dividen sebanyak 4.1 peratus,yang merupakan dividen tertinggi dalam tempoh 11 tahun untuk penyimpan dalam SSPN