Berita bertemu

Angka korban gempa bumi di Venezuela lepasi 6,000

Aug 4, 2026 IDOPRESS

 Hampir 17,000 cedera,manakala 1,400 orang masih hilang/ Foto REUTERS

CARACAS,4 Ogos – Angka kematian dalam dua kejadian gempa bumi kuat yang melanda Venezuela pada Jun lalu meningkat kepada 6,125 orang,menurut Ketua Perhimpunan Kebangsaan,Jorge Rodriguez.

RINGKASAN BERITA AI

−

Kerajaan Venezuela bagaimanapun belum mengumumkan jumlah rasmi mangsa yang masih hilang,namun unjuran pakar menganggarkan angka itu boleh mencecah 10,000 orang.

Selain 190 bangunan yang musnah sepenuhnya,pihak berkuasa mengklasifikasikan 6,433 struktur sebagai “berisiko tinggi”,manakala 9,866 lagi dikategorikan sebagai “kediaman terhad” berikutan risiko keselamatan kepada penduduk.

Hampir 24,000 penduduk di La Guaira dan Caracas kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara susulan gempa bumi itu.

Pada Jumaat lalu,anggota Parlimen Venezuela sebulat suara meluluskan undang-undang yang memudahkan urusan penyewaan hartanah bagi membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Undang-undang itu perlu diperkenankan oleh pemimpin interim,Delcy Rodriguez sebelum ia berkuat kuasa. -AFP