
Foto RTM
PUTRAJAYA,3 Ogos – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi penekanan serius terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan warga sekolah bagi memastikan persekitaran pembelajaran kekal kondusif,selamat,dan sejahtera.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kita tidak boleh berkompromi dalam soal kesejahteraan mental kerana hal ini merupakan asas kepada ekosistem dan budaya sekolah yang sihat,” kata beliau ketika merasmikan Anugerah Inspirasi Kokurikulum KPM 2025,di sini hari ini.
Dalam pada itu,Fadhlina turut menasihati murid-murid agar tidak memendam perasaan sekiranya mendepani masalah emosi dan sebaliknya memohon bantuan sokongan dengan segera.
“Sebab itu anak-anak,sekiranya mengalami keresahan atau gangguan emosi,segeralah bertemu dengan guru kaunseling untuk mendapatkan bantuan,” tambah beliau.
Beliau turut menekankan bahawa penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum secara terancang mampu menjadi benteng utama membina jati diri,sekali gus membendung isu kemurungan serta keresahan dalam kalangan pelajar.