Berita bertemu

DR Congo rekod kes Ebola di lima wilayah, jumlah hampiri 1,900

Jul 14, 2026 IDOPRESS

Petugas kesihatan menyahkuman keranda ketika membuat persiapan pengebumian individu disyaki mangsa Ebola di kem pemindahan Kigonze,DR Congo pada 18 Jun lepas/Reuters

KINSHASA,13 Julai- Republik Demokratik Congo (DRC) melaporkan kes Ebola di lima wilayah dengan jumlah keseluruhan di seluruh negara meningkat kepada 1,873 kes termasuk 672 kematian,menurut laporan pihak berkuasa kesihatan negara itu yang dikeluarkan pada Ahad,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

Seramai 306 pesakit dilaporkan pulih,manakala 299 kes disyaki termasuk 91 kematian turut direkodkan.

Wabak yang berpunca daripada virus Ebola Bundibugyo itu diisytiharkan pada 15 Mei. -BERNAMA-XINHUA