Berita bertemu

Taufan Bavi paksa ribuan penduduk Taiwan berpindah

Jul 12, 2026 IDOPRESS

Seorang nelayan mengendalikan bot ketika ombak besar melanda pesisir Yilan susulan Taufan Bavi/Foto AFP

KEELUNG,11 Julai – Lebih 14,000 penduduk Taiwan dipindahkan dari kediaman masing-masing ketika Taufan Bavi membawa hujan lebat dan angin kencang ke utara pulau itu sebelum bergerak menuju China.

RINGKASAN BERITA AI

Sebelum menghampiri Taiwan,taufan itu menjejaskan kepulauan barat daya Jepun dan menyebabkan lebih 18,000 kediaman serta kemudahan di Okinawa terputus bekalan elektrik.

Puluhan penerbangan turut dibatalkan,menjejaskan lebih 26,000 penumpang.

Di Filipina,hujan lebat akibat taufan itu mencetuskan dua kejadian tanah runtuh di Mindanao yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.

Taufan Bavi dijangka membadai timur China awal Ahad,dengan hujan luar biasa lebat diramal melanda wilayah Zhejiang dan Fujian.

Lebih 10,000 penduduk di Xiaguan,Zhejiang telah dipindahkan susulan ancaman angin kencang.-AFP