
Sepanyol ketika ini dilanda cuaca panas melampau yang meningkatkan risiko kebakaran hutan. / Foto AFP
MADRID,11 Julai – Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi masih hilang dalam kebakaran hutan yang merebak pantas di selatan Sepanyol pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kebakaran yang bermula pada Khamis di Los Gallardos,Andalusia itu memusnahkan hutan dan belukar di kawasan gaung curam.
Kira-kira 500 anggota bomba dengan bantuan Unit Kecemasan Tentera Sepanyol dikerahkan bagi mengawal kebakaran yang setakat ini memusnahkan kawasan seluas kira-kira 3,200 hektar.
“Usaha mengawal kebakaran mungkin mengambil masa beberapa hari kerana bentuk muka bumi yang curam dan sukar dimasuki,” ujarnya.
Punca kejadian masih belum disahkan,walaupun terdapat dakwaan kebakaran itu bermula selepas kabel elektrik tumbang dan membakar kawasan belukar.
Sepanyol ketika ini dilanda cuaca panas melampau yang meningkatkan risiko kebakaran hutan.
Tahun lepas,kawasan seluas hampir 400,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Sepanyol,angka tertinggi pernah dicatatkan negara itu. – AFP