Berita bertemu

Gempa bumi magnitud 5.6 gegar Kepulauan Talaud, tiada ancaman tsunami

Jul 7, 2026 IDOPRESS

METMalaysia

KUALA LUMPUR,7 Julai- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 melanda Kepulauan Talaud,Indonesia pada 3.16 petang tadi,menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI

−

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 3.2 darjah Utara dan 127.5 darjah Timur,kira-kira 137 kilometer (km) tenggara dari Talaud Island,Indonesia.

Menurut kenyataan itu,gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.