Berita bertemu

Jenazah 4 sekeluarga maut kemalangan di Simpang Renggam selamat disemadikan

Jun 2, 2026 IDOPRESS

Foto RTM

DUNGUN,2 Jun – Empat sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan di Simpang Renggam,Johor,selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS),di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,adik kepada Allahyarham Mohd Aiman Mohd Rashid,Nurul Asikin Mohd Rashid menyifatkan pemergian abangnya ibarat “Sudah jatuh ditimpa tangga” memandangkan mereka baru sahaja kehilangan bapa pada pertengahan Mei lepas.

Jelas Nurul Asikin,mereka masih trauma dan terkejut dengan kehilangan Allahyarham yang disifatkan seorang yang sangat rapat dengan ahli keluarga.

Tambahnya,abangnya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau petanda sebelum kejadian.

“Yalah,ayah kami baru sahaja meninggal dunia pada 14 Mei lepas. Kami pun belum habis lagi kesedihan dengan pemergian ayah,dan sekarang saya dah kehilangan empat orang ahli keluarga sekali gus,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nurul Asikin yang juga ibu saudara kepada Nur Airish Syifa memberitahu,kali terakhir dia berhubung dengan kanak-kanak berusia 10 tahun itu adalah menerusi panggilan video pada Sabtu lepas.

“Saya memang sangat rapat dengan dia (Mohd Aiman) dan juga anak saudara. Anak saudara saya itu selalu tanya saya nak pergi mana,dan dia memang selalu hendak mengikut saya ke mana-mana sahaja,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam,empat beranak berkenaan disahkan maut di lokasi kejadian selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Nahas ngeri itu berlaku di Jalan Renggam–Simpang Renggam,berhampiran Penjara Simpang Renggam,Johor.