Berita bertemu

Niaga hadapan MSM ditutup rendah selepas empat hari kenaikan

Nov 8, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah selepas empat hari kenaikan berturut-turut / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,5 November - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah selepas empat hari kenaikan berturut-turut susulan petunjuk dari pasaran minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT),kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit,David Ng berkata sentimen pasaran turut terkesan oleh aktiviti pengambilan untung menjelang keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,750 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,900 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu,Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata pengukuhan ringgit berbanding dolar AS,bersama-sama dengan penurunan besar dalam kontrak niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan di Dalian Commodity Exchange (DCE) dan Zhengzhou Commodity Exchange (ZCE),memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

"Kontrak niaga hadapan minyak sawit telah mengalami lonjakan kukuh sejak Oktober dengan bulan aktif meningkat 22 peratus didorong oleh asas yang kukuh seperti eksport yang lebih tinggi,pengeluaran yang lebih rendah dan penurunan stok simpanan," katanya.

Menurut laporan,niaga hadapan kacang soya ditutup rendah pada Selasa dalam dagangan siang hari di DCE susulan kontrak kacang soya paling aktif bagi Januari 2025,merosot 14 yuan (kira-kira AS$1.97) untuk ditutup pada 3,980 yuan setiap tan.

Sementara itu,AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan harga MSM mengukuh pada 2025,dengan purata RM4,250 setiap tan,mewakili peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun,susulan kekangan bekalan minyak sawit,biji sesawi dan bunga matahari.

“Kami menjangkakan purata harga MSM akan melebihi RM4,500 setiap tan pada separuh pertama 2025 sebelum turun kepada RM4,000 setiap tan pada separuh kedua 2025,” kata bank itu.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta November 2024 susut RM70 kepada RM4,914 setiap tan,Disember 2024 berkurang RM85 kepada RM4,855 setiap tan dan Januari 2025 menguncup RM85 kepada RM4,806 setiap tan.

Kontrak Februari 2025 turun RM88 kepada RM4,745 setiap tan,Mac 2025 berkurang RM90 kepada RM4,663 setiap tan dan April 2025 menyusut RM88 kepada RM4,570 setiap tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 84,057 lot daripada 70,549 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 240,020 kontrak daripada 242,438 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan susut RM40 kepada RM4,980 setiap tan.-BERNAMA