Berita bertemu

128 PATI dihantar pulang ke negara asal

Sep 13, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto ihsan JIM Negeri Kedah / sebahagian PATI yang dihantar pulang ke negara asal

SIK,13 September- Seramai 128 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara yang terdiri daripada 119 lelaki dan sembilan wanita telah dihantar pulang ke negara asal.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah,pihaknya menghantar kesemua PATI berkenaan melalui jalan udara di Terminal 1 dan Terminal 2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),Sepang.

"Kesemua PATI adalah tahanan dari Depot Imigresen Belantik,Sik yang telah selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan pelbagai kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Malaysia.

"Program pemindahan PATI itu merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Negeri Kedah," menurut kenyataan itu.