Berita bertemu

Lelaki maut dihempap pokok tumbang

Sep 12, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Allahyarham Ikhmal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumah

ALOR GAJAH,12 September - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya di hempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Industri Kelemak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah,Superintendan Ashari Abu Samah berkata,mangsa yang dikenali sebagai Ikhmal Hakimi Hasrul Rizuan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi.

Berdasarkan siasatan,mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Alor Gajah menghala ke rumahnya di Taman Lendu Bakti Masjid Tanah .

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan telah dilaksana pihak bomba.