Berita bertemu

Tanah jerlus di hadapan Masjid India, seorang mangsa dikesan

Aug 23, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR,23 Ogos - Seorang wanita warganegara India dikesan terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu Bernama wanita itu sedang cuba dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar lagi setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya.- BERNAMA