Berita bertemu

Permintaan domestik dan luar, pemangkin pertumbuhan ekonomi negara - Pakar

Jul 24, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Penganalisis ekonomi,Profesor Madya Dr. Ida Yasin

KUALA LUMPUR,23 Julai- Permintaan domestik dan luar,pemangkin pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua tahun ini.

Penganalisis ekonomi,Profesor Madya Dr. Ida Yasin berpendapat Sumbangan Tunai Rahmah yang diberikan kerajaan,merancakkan lagi perbelanjaan dan permintaan barangan serta perkhidmatan.

Prestasi ekonomi domestik dan permintaan luar turut menyokong pertumbuhan positif industri-industri utama.

"Sektor perkhidmatan diikuti sektor pembuatan,pertanian dan sektor perlombongan dan kuari serta sektor pembinaan. Dalam kelima-lima sektor ini,sektor perkhidmatan adalah yang paling banyak menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)."

"Daripada segi pertumbuhan,sektor perkhidmatan bertumbuh sebanyak 5.6 peratus pada suku kedua beranding suku pertama iaitu sebanyak 4.7 peratus," kata Dr. Ida kepada pemberita,hari ini secara maya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysiaberkembang 5.8 peratus pada suku kedua2024,meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya.

Ia merupakan pertumbuhan tertinggi sejak Suku Kedua2022 pada7.4 peratus.