Menteri Luar Negeri Datuk Seri Utama Mohamad Hassan
KOTA TINGGI,13 Julai - Pelbagai perkara akan dibincangkan pada pada mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Laos minggu depan termasuk melibatkan isu Myanmar,Laut China Selatan dan kesalinghubungan ASEAN.
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Utama Mohamad Hassan berkata,sidang mesyuarat selama lima hari itu,menyaksikan Malaysia turut menyertai mesyuarat bersama-sama rakan dialog ASEAN serta mesyuarat dua hala dengan menteri-menteri luar ASEAN.
Mesyuarat tersebut turut disertai 11 rakan dialog ASEAN terdiri daripada negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat,China,Rusia,Jepun,Korea Selatan,Australia,United Kingdom dan India.
"Ini yang akan kita bincangkan ASEAN sebagai komuniti yang besar untuk kita menjadi satu blok yang menjadi penduduk 600 juta,GDP (Gross domestic product) dunia kelima terbesar dan akan jadi GDP keempat terbesar dunia dalam masa dua atau tiga tahun lagi.
"Jadi ini merupakan satu asas yang boleh kita bina untuk masa depan supaya ASEAN akan menjadi satu kesatuan tetapi masih lagi kedaulatan masing-masing dan mengamalkan dasar berkecuali iaitu ASEAN bebas,aman dan berkecuali," kata Mohamad.
Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tenggara Di Felda Sungai Sayong,di sini.
Malaysia yang akan menjadi tuan rumah tahun depan,menyusun sebanyak 257 mesyuarat di Kuala Lumpur,Johor,Kedah,Sabah dan Sarawak dengan konsep komuniti ASEAN 20 tahun bermula tahun 2025 hingga 2045.