Program Ceramah Khas Ustaz Abdul Somad di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi,malam tadi.
SEREMBAN,9 Julai- Lebih 10,000 orang menghadiri Program Ceramah Khas Ustaz Abdul Somad di Stadium Tuanku Abdul Rahman,malam tadi.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,program ceramah khas yang julung kali diadakan itu diharap dapat memberi impak positif kepada rakyat di Negeri Sembilan.
Ujarnya,figura penceramah nusantara itu pastinya dapat memberi teladan serta nasihat yang berguna menerusi ceramah yang disampaikan.
"Ustaz Somad menawarkan diri untuk datang ke Negeri Sembilan,beliau sendiri hendak datang sebagai tetamu,jadi saya rasa memang layak untuk kita raikan.
"Antara perkara yang kita nak lihat hari ni adalah supaya kita dapat menimba ilmu daripada apa yang beliau disampaikan," katanya pada Program Ceramah Khas Ustaz Abdul Somad di Stadium Tuanku Abdul Rahman,malam tadi.
Hadir sama,Undang Johol,Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Jelebu,Datuk Maarof Mat Rashad serta Tunku Besar Tampin,Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus.
Program anjuran kerajaan Negeri Sembilan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan.